Followers

Monday 4 January 2016

throwback Phuket Trip (costing)

AUGUST 2015.

Aku dan housemates aku booked flight tiket promo ke Phuket masa cuti semester. Tiket tengah murah time tu, terus jela booked. 

Ni anggaran list kos ktorang kat sana untuk 5hari 4malam.

flight tix (return)                 : RM 110
hotel (5d4n)                         : RM 124
sewa motor                          : RM 50
topup simkad                       : RM 30
island tour                            : RM 80
elephant riding + ATV ride : RM 110
TOTAL                                : RM 504

Flight + hotel tu dah settle 3months before pergi lagi. lepastu sewa motor + topup + island tour + elephant ride tu terpulang la nak ke tak, sebab kami bebas kan so pilih la nak buat aktiviti apa. time tu currency duit kita tengah jatuh so dapat tukar sikit je, pepandai la berjimat bawak maggi siap. haha. 

Jadinya time cuti tu ada la masa part time kumpul duit belanja before pergi. Ada yang kerja kantin sekolah pun ada. HAHA. *cc eri*

Sampai je Phuket International Airport depa tu,




Melilau cari sewa motor. Ada yang sewa mahal, tapi demi mendapatkan yg murah, kami menggagau lagi cari tempat lain. Dapat la dua bijik motor berharga sehari RM25. 


Thanks to both of you :*


Disebabkan dah ada simkad, boleh la guna waze untuk cari hotel tu, E-Cozy Hotel, Phuket Town. Menggagau jugak la bila tanya orang je sampai nak kena google gambar hotel kalau tak nanti ibarat ayam cakap dengan kucing. 


Dekat pool hotel lepas swimming pagi.

So.... lepas dah sampai hotel, balik rehat2, keluar cari makanan susah yg amat sb nak cari halal food kan. Nasib baik la jumpa akak pakai tudung dia la bawak pergi kedai makan. Thanks akak! in case u r reading this hahaha. Lepas makan singgah kedai cari adapter nak cas fon. Beli jajan sikit nak makan. 

Day 2. 

Breakfast dua orang je, tp hotel tu tak sedia makanan halal rasanya. So, makan pun kena order. First day ktorang divide dua orang dulu p makan. Aku tidur je. Kami ambik satu bilik je share 4 orang. bilik tu studio suite. murah je, so kat bawah pun ada sofa ada tv, kat atas pun ada tv dan katil. booking thru agoda murah sikit. 

Masa tu hujan je cuaca. SO, ktorang decide nak keluar jugak walaupun hujan renyai2, sebab rugi la kalau tak jalan2 kan. Takkan nak duduk je kat hotel, So, siap2 keluar pergi kedai runcit beli raincoat dulu sb naik moto nanti basah. Harini nak naik gajahhhh ! 





Lepas naik gajah, sekali pakej dengan ATV ride. Scary gila sebab aku naik dengan abg tu, sebab aku tak berani nak bawak sorang naik bukit2 tu, so dia bwak gaya orang pro lah kan. tak rasa nak terpelanting pulak aku kan. 



Lepastu bergambar dengan gajah jelah. aku ni memang penakut dengan haiwan. kucing pun tak berani, inikan pula gajah. tapi depa ni boleh p suruh gajah tu cium2 depa. uishhh buatnya gajah tu sedut eewwww....

nampak tak memang aku gayat haha.

larry kau tinggal la dengan gajah tu kat sini haha

Tempat ni nama dia Elephant Camp. banyak gajah dan monyet. Google je inshaAllah ada. waze je inshaAllah jumpa . 



Lepastu malam tu, kami terus ke Patong Beach. Haaa suka lettew orang lelaki tu. Kat sini tempat utk 18sx sahaja tau. Banyak pub2 pastu kalau nak subscribe pape yang korang paham, pun ada. Harga berpatutan. gila seh. hahaha. gay club pun ada. patong beach ni famous dia pingpong show. tapi ktorang just lalu and cari souvenir je. Sakan membeli deme ni. Murah-murah jugak la. Not bad.


kiri kanan barang deme. entah apa y dibeli, tak sedar lagi tu takde ambik extra luggage. haha



Day 3.

Harini ktorang pergi island tour sebab malam tadi dah booking. korang kena pandai cari tempat tau sebab ktorang survey banyak kiosk island tour tu, harga berbeza2. so, bila dah bayar, esok pagi van akan ambik dekat hotel. pepagi tu, hotel call bilik cakap someone here to pick u up to the island tour. gitew. english deme pn mcm english kita bukan betul sangat grammar. asal paham udah le, ye dak? haha




sampai malam jugak la baru balik sebab masa banyak habis kat atas boat je. berejam wey nk sampai phi phi island tu, menyesal pun ada. dahla snorkeling penat sebab aku tak reti berenang kat laut bergelora, boat lepaskan kita dekat tengah2 sikit, pandai2 la kome nak buat mende situ. pastu aku dah xlarat nak berenang ke boat, aku gapai2 tangan dekat sampan utk bawa kami ke boat. boat besar mcm feri penang tu pulak. 


Day 4.

Lepas check out, kami kena tukar hotel, Sebab nak dekat dengan airport sb flight pagi2. So, terus pergi Naiyang Beach, tak jauh dari airport. So, esok pagi teksi hotel datang ambik kat hotel hantar pergi airport. Petang tu kami massage lagi sekali. Dekat Phuket saje, dua kali kami massage. Sedappp duhhh. Haihhh. Murah pulak tu. dalam rm25 je. Lelaki jangan nak suka sangat. Wanita , awasi lelaki anda ! hahaha

Malam tu makan kat restoran yg attached dengan hotel je. Tapi dia tak macam hotel pun, mcm chalet je. Kami duduk dalam buluh2.

Yang tak tahan pasal Thai ni, haiwan diaaa. Anjing, babi bersepah macam lembu makan rumput dekat kampung2. First night masa menggagau cari hotel E-Cozy tu, kami macam tersalah masuk jalan tau, sekumpulan anjing macam anjing polis tu kejar duhhhh, nasib baik kaki eri tak sempat anjing tu gigit. Gila ! hahahha. 



last night chillin in Phuket.


Day 5. 

Times up. Jom balik dengan muka mengantuk. Hahahaha.








Till we meet again, with love..






No comments:

Post a Comment