Followers

Sunday 1 June 2014

KENDURI + FAMILY *love*

Assalamualaikum.
Krikrikrikrik. Harini orang nak update pasal kenduri yang diadakan dekat rumah orang baru-baru ni. Alhamdulillah everything went well. Actually itu just kenduri arwah + sambut puasa jerrr. Tetapi kebanyakan orang dah salah faham and they thought that I was getting engaged or what. Harharhar.

Kami memutuskan untuk buat catering sajo sebab tak nak susah2 masak, at the end, masak jugak sikit. Biasalah kalau tok dan anak2 dia dah bergabung meletop mesti akan ada persoalan “kita buat lauk tambahan la nanti takut tak cukup ke apa ke” . SO, macam kenduri bukan catering jerr. Haha. 

Catering tu ayah kawan orang punya, CIKGU SALIM. Cikgu SMK Sri Kota. Ayah Malina. SO, kalau nak buat majlis apa2 sila lah roger2 beliau. Harga pun berpatutan, rasanya jugak boleh tahan.
Khemah kami sewa dekat orang kampong orang jugak. Pelamin semua ehh? Terlebih sudah. Ahaks~

Minta maaf la kepada yang tak dijemput tu, kenduri kecik2 sajo. Kalau kenduri kahwin nanti kami jemput tau. Adalah dalam 4-5 Tahun lagi. Gitewww. Mampu? Haha
Ukhuwah sesame keluarga tu penting sebenarnya tau. Dengan majlis2 macam ni la kita dapat berjumpa saudara mara. Bagi orang, ikatan kekeluargaan tu sangat penting.

Yang paling best sebab sepupu2 aku balik. Sepupu kesayangan orang yang paling kecoh –EKA-  pun balik. Tu yang buatkan menjadi lebih meriah tu. Sebab kami ni memang kecoh. Haha. Nanti tengok gambar dekat bawah ehh J

Normal apabila yang bujang serta anak dara ni, orang tua akan bertanya pasal calon pasal bila nak kawen dan sebagainya. Dan normal jugak bila orang yang dah kawen, orang tua akan tanya bila nak dapat anak bila nak tambah anak dan sebagainya. Tapi tak pula kita bertanya kepada yang lebih tua bila nak mati hendaknya. Haha komfem la kena sedas dua ceramah berapi kalau berani nak tanya camtu. Ye camtu. Haha.

Conversation aku dan along(kakak abah)
Along : Nem, hang dah ada boyfriend ke?
Aku : Tak ada lagi Long.
Along : Tak ada lagi? Umur dah 21 kan?
Aku : haaa? Takutnya. Kenapa Long…….
Along : Blablablabla……

Dalam hati aku terdetik jugak, takut ke kalau tak jumpa calon lagi? Dupdapdupdap gitew..  Sebelum ni pernah jugak aku dengar luahan kawan2 seangkatan aku cakap pasal ni. Ada yang cakap “weyy takpe ke kita xde calon lagi nanti klau xde cemana wey?!”. Masa tu aku chillax je sebab aku ada time tu HAHAHAHAHAH  tu la berlagak kan aku time tu sampai xnak layan kawan2 meluahkan perasaan. Sekarang hamekk. Tiba2 takut pula. Tapi chill je kot.. Kot.. Kot….

Conversation aku dengan Lang(adik abah)
Lang : Hang dah tak kawan dengan M kan?
Aku : *angguk dan diam*
Lang : Alaaa rileks je. Muda lagi, target umur berapa nak settle down?
Aku : by 25y/o in sha Allah..
Lang : uiisshh lambat lagi ada lagi 4tahun +-. Macam2 boleh jadi dalam masa 4tahun tu Nem. Nanti akan terjumpa sendiri la tu. Chill je.. Okay?
Aku : *WAJAH CERIA*

Wahhhh sangat memahami ibu2 saudara aku nih. Terharu gitew..

Conversation aku dengan tok(mak abah)
Tok : Ha sekarang ni toksah dok fikir apa, orang meminang je aku terima.
Aku : Tokkkkkkkk elok2 la xnak la pemandu lori…. L
Tok : HAHAHAHA tak kira aaaaa….
Bukan nak cakap apa2 dekat pemandu lori, tapi selalunya pemandu lori kan tua2. Hihi. Kita nak yg muda le.. hihihi.

Haiyakkkk. Tu la bila semua balik benda tu akan jadi normal things. Nak sembang2. For now, just go on with our life. Benda yang menyerabutkan jangan dok fikir. Such a waste okay dude ?

Pagi tadi aku scroll fb, aku terjumpa satu ni, yang buat aku bersemangat nak bangun pepagi senin ni wey ..

“JIKA KAMU DITOLAK, TERIMA..
JIKA KAMU MERASA TIDAK DICINTAI, LEPASKAN..
JIKA MEREKA MEMILIH SESEORANG ATAU SESUATU SELAIN DARIPADA KAMU, CARI YANG LAIN..
INGAT, DALAM SETIAP PENOLAKAN, ADA PENERIMAAN DARI SESEORANG YANG JAUH LEBIH BAIK”



-we 5 years later-mampu? hahaha

kakak anem with hasif dayyan omeyyy..

kat luar rumah masa kenduri..  

baru perasan, ramai boys je..  

orang sibuk, kami pun sibuk.. haha

aidil and aiman..

cekcinyeee encemnyeee aidil ! kak yang nk gigit peha tu boleh? hahaha

kenduri rumah sepupu abah.. 

with beloved ibu2 saudara. kami mmg jenis bsembang xkira tempat. kt rumah orang pun kami sembang mcm xhengat. haha

tok dan cucu paisley..

No comments:

Post a Comment