Followers

Monday 16 June 2014

EXCESSIVE PHOTO COLLECTOR

Hai uols. Lupa pulak nak memberi salam haha. Assalamualaikum semua. Semoga sihat sihat belaka hendakNya amin amin ya rabbal alamin..

Harini aku nak kongsikan sedikit tentang selfie, monopod dan benda yg lebih kurang dengannya. SELFIE tu adalah tangkap gambar sendiri. Reti? Monopod tu orang kata batang besi nak kait buah atas pokok la bagai. MONOPOD tu utk tolong kita selfie n tangkap gambar ramai2 tanpa bantuan orang lain. Kira cam xyah la kau nak pergi mana2 then mintak "bang aji bang aji, tolong tangkap kan gambar salmah boleh?".. haha. nggak perlu lagi semua itu ya anak2..

Aku ni memang EXCESSIVE PHOTO COLLECTOR gitewww. Ke mana aku pergi pun mesti ada gambar. Well, ramai la orang camni. Yang aku anehnya, kalau kau sakit mata, silakan unfriend + unfollow tanpa segan silu. Okay? hahaha sebab bukan apa, ada la sesetengah yang menggelarkan aku miss selfie sedang dia pun berselfie jadahnya. Hahahaha.

Aku sendiri pun, klu aku rasa semak, aku tak follow orang tu. Aku follow yg mana aku rasa aku suka tengok je. Yang aku taknak tengok aku tak follow kekdahnya. Senang kan Salmah? hehe

Tambahan pula, kadang aku tengok gambar2 orang yang lalu kat timeline aku instagram ke fesbuk ke takde la aku runsing sampai nak kata "eee kau ni asek upload gambar kau je" . Kau nak kena maki gamaknya. Haha.

...................................................................................................................................................................

Hari Ahad yang ceria yang lalu, aku dan Lala bangun selepas subuh sepieee tu semata nak pergi Bukit Larut nak naik atas la kan, bukan la nak hiking pun, nak naik jeep kununnyaaa. Maka sesampainya kami, jeep closed due to tanah runtuh pulekkkk. Menyirap kew? Adala jugakk. Takpe cuba lagi lepasni okay. So, kami pun berposing jela seluruh pelosok kaki bukit larut tuuuh. Lepas tu kami g taman tasik. Park moto then cari port sesuai untuk tangkap gambar. Disebabkan terlalu pagi kan, so port semua agak clear laa. Tepi2 tasik tu. Acah2 photoshoot pengantin gitewww. Ambik feel katakooo. Hahaha.

Itu jewww lewwww puncaaa tiba2 aku nak up entry ni. Sebab ada suara sumbang aku dengar "jom pegi jalan, tangkap gambar pastu upload pastu kita balik lew". Guwa dengar je pastu guwa kembang2kan hidung lalu ketawa. Kesian kau ni. Ahakssss gitewwww.. hahahaha.. Guwa tahu dia bergurau. Guwa pun malas nak layan statement2 camtu. Haha.. Pada guwa, lu tak suka, lu boleh unpolo.. macam dekat moment, lu xsuka tengok, lu hide jelaa. Guwa pun ada buat camtu gak. Kadang2 kan wechat banyak orang yg kita xkenal sangat pun, yang mana rasa xnak tengok moment dia tu, leh je p setting tu boleh adjust xde hal. Kita nak hide dari orang tu pun blehh. Takpela, guwa rasa guwa nak hide je dari orang2 sedemikian japgi. Haha. Baru la kau xde point nak bahankan aku khennnn? hahahhaa. Sape tak tahu guna apps wechat punya setting leh tanya aku hahaha.

DARI SEKOLAH LAGI, AKU DAN 15BRIDESMAIDS MEMANG DAH GILA LENSA. KENYATAAN ITU. Duduk kat mana pun ada je camera automatik semua diam sebab sebokk memosing. So what? hahahhaa.

Guwa nak share gambo semalam sedas dua tiga empat lima kucing berlari..
















LIRIK HUJUNG DUNIA BY HANIE SORAYA

Pikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

[chorus]
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

(hingga ke hujung dunia)
Hingga ke hujung dunia

Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

[ulang chorus]

Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini

Lalalala lalalalala

[ulang chorus]

No comments:

Post a Comment