Followers

Monday 19 May 2014

CERITA PENDEK LAGI BEREPISOD TATKALA RAJIN - 1

            "Kau ingat pakai kereta besar berlagak la?" Marah Iman pada lelaki berambut pacak itu. Sakit hatinya mengenangkan baju kemeja kerjanya yang habis basah akibat dilanggar oleh kereta mamat blur itu. Mentang-mentanglah dia hanya menaiki motosikal, orang sekeliling langsung tak bertimbang rasa padanya. Yang paling menyirap sekali muka mamat tu langsung tak berkutik.


               “Amboi sedapnya bahasa budak ni, dahlah kecik” Khalif bermonolog dalaman. Dia bukannya sengaja. Siap ditahannya pula dia tengah-tengah jalan. Terkejut dia. Rupanya budak ni nak marah dia. “Cik, saya minta maaf, saya tak sengaja” Sengaja ditekankan perkataan tak sengaja itu. Matanya sempat menangkap tanda nama yang dipakai oleh budak perempuan itu. “Iman Nina, Sales & Marketing, Vista Hotel”


Iman terus memakai kembali topi keledar lantas bergerak meninggalkan Khalif yang masih terpinga-pinga.


                “Hoi kenapa basah teruk sangat ni Man oii” Tegur Tina, Tina adalah rakan kerja Iman. Mereka berdua baru berkenalan sejak Iman mula kerja disitu. “Ni tadi la ni, entah mamat blur mana entah, langgar air lecak sampai kena aku, habis basah wey, sakit hati aku ni” . Tina tercengang mendengar cerita aku yang telah menahan lelaki itu di tengah jalan, mujur kereta pada pagi itu tidak banyak. “Hahahahaha, kau memang gila Iman. Berani kau tahan budak tu? Kau tak takut ke kalau dia penjenayah ke apa ke?” Iman naik angin ditertawakan rakannya itu. Lantas terus masuk ke pejabat.


                Tak semena-mena hari ini adalah hari yang malang untuk Iman, sudahlah basah tempias pagi tadi, berdepan pula dengan mamat blur entah dari mana, terlambat masuk ke meeting pagi, seluruh meeting room memandang sinis kepadanya. Haih apa lah nasib harini. “Ni kalau ada orang cari pasal lagi harini memang aku tumbuk je muka dia” Ngomel Iman perlahan.


                Iman memang seorang yang agak kasar pada luaran namun di dalam hatinya, ternyata naluri seorang perempuan masih utuh. Dia jadi begitu pun setelah ditinggalkan kekasih hatinya. Dia berasa tertekan kerana seolah perlakuan dan layanan paling baik yang diberikan pada kekasihnya, diabaikan dan langsung tak dihargai. Sejak itu dia memang tak nak berlembut langsung dengan makhluk Tuhan bernama lelaki. Padanya, lelaki semua sama. Namun jika ada lelaki yang berjaya memecahkan tembok hatinya itu, lelaki itu memang gred A.


                Lamunan Iman terhenti tatkala Tina mencuit bahunya. Wah dah macam lagu lamunan terhenti gitew. “Hoi, kau menung apa, tu ada orang nak jumpa dekat luar. Nak bincang pasal event katanya, cepat sikit Man” . “Haa yelah yelah, sekejap”. Terus dicapai event planner beserta kad namanya dan juga pen dan terus keluar ke depan.


                “Hai Encik, saya Iman selaku Sales Coordinator, ada apa yang boleh saya bantu?” Macam pernah tengok je muka mamat ni. Eh kejap. Kenapa macam familiar sangat2 je muka dia ni eh? “Hello? Cik?” Khalif menggawang-gawang kan tangannya dihadapan Iman yang kelihatan mengelamun. “Eh sempat lagi dia berangan kat tengah-tengah alam ni” , Khalif berkata didalam hati.



                “Err ya Encik, kat mana kita tadi?” Iman sudah gugup. “Saya nak buat dinner untuk tempat kerja saya, hujung bulan ni, 80 orang” Jawab Khalif. Suka dia melihat muka merah Si Minah Motor ni. Perbincangan berlangsung selama setengah jam. Iman kalau boleh mahu cepat- cepat masuk ke pejabat, rasa menyampah melihat muka mamat blur yang asyik tersenyum-senyum memandangnya. “Baiklah Cik Iman, nanti apa-apa saya akan follow-up dengan Cik lah ya. Sebelum tu, saya nak minta maaf lagi sekali pasal pagi tadi. Saya betul-betul tak perasan, dan lain kali jangan garang sangat nanti tak de orang nak.” Baru sahaja Iman hendak membidas, Khalif terus bangun lalu keluar dari bangunan hotel. 


-to be cont-
by dewipetola93..

No comments:

Post a Comment