Followers

Sunday 17 November 2013

aku yang minta ~

Mengalir air dari mata.
Seolah sedihnya bergolak dunia.
Hati sudah sedia rapuhnya.
Bagaimana lagi jika sudah ditoreh isi segala?

Akal ligat berfikir.
Mencari apa makna semua jadi.
Mengorek kesan doa doa semalam.
Adakah aku pernah meminta ?
Baru tersedar dari mimpi.
Rupanya itu, yaaa aku minta.

Tapi cara yang Tuhan sampaikan punya sedikit beda.

Oh. Sudah diminta bukan nak bersyukur.
Malah ditangisi lagi.
Manusia apa aku ini?
Mahu ditarik semua punya baru mahu mengenang?

Sekarang cuba.
Telan, kunyah semula.
Apa yang didoa. 
Apa yang diminta.
Agar sebati dengan jiwa.

Walau perit cara nak hadam.
Walau pedih hati nak terima.
Perlu, wajib buat juga..

kerana apa?

Kerana aku yang minta...

No comments:

Post a Comment