Followers

Thursday 15 May 2014

SUATU PERNAH by FYNN JAMAL

Lirik yang sangat2 deep oleh FYNN JAMAL..
Aku dedikasi kepada mereka yang pernah menghancurkan hati manusia lawan jenisnya. Kepada yang dihancurkan bangkit semula berlawan arus. Kau mampu, kau boleh. Bermula semula :)


Habis sudah madah,
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah,
kau ambil dan terus kau jual.

Seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah,
tak pernah.

Dikutipku bila sudi,
dibila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan,
kutetap tunggu di tepi jalan. 

Seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
tak pernah rindu,
tak pernah rayu,
dulu....

Terlebur hancur kebal rusukku,
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu,
cinta tak wujud,
ah, tak pernah..

dan dengarkan jeritku,
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku,
suatu yang pernah.

takkan ada apa,
yang mampu buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa,
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkan ku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu
pernah.

CREDIT      http://fynnjamal.blogspot.com/2011/01/tak-pernah.html

No comments:

Post a Comment