Followers

Tuesday 29 April 2014

AILUROPHOBIA ~ ANTARA AKU DAN DIA....(KUCING)

Assalamualaikum uols.. Buat apa tu.. Bosan takk.. Aku bosan ni.. Tetiba terflashback pulakk macam2 perkara lucu dalam hidupp ini oohh sadisss gituu.. ~

Today i'm gonna share with you one type of phobia.. AILUROPHOBIA. fobia kepada kucing! iya iyaa dong.. Setelah di-google2.. Rupanya ramai lagi orang mengalami penyakit ini dongg.. Bukan aku ajaaa sihh.. Menurut mereka, mereka akan merasa STRESS, PANIK DAN BOLEH HISTERIA gituuu.. Maka, Termasuklahh aku! huhu

Kenapa ek? Tak ada alasan.. Walaupun hati ni meronta2 nak berbaik dengannya namun seperti cinta antara dua darjat gitu, kita tak mungkin bersatu wahai cik kucen.. Maafkan beta..

TOKOH TERKENAL DALAM SEJARAH YANG MENDERITA PHOBIA KUCING ADALAH NAPOLEON BONPARTE
(HE IS A MILLITARY COMMANDER UOLS !! HE WAS A FRENCH. MILITARY AND POLITICAL LEADER WHO ROSE TO PROMINENCE DURING THE LATTER STAGES OF THE FRENCH REVOLUTION AND ITS ASSOCIATED WARS IN EUROPE. )

Boleh dikatakan, semua haiwan yg berbulu lahh aku takut.. Haihh.. Aku ada jugak cuba mengalah nak berbaik2 kan.. Tapi dia xpernah nak sambut salam perkenalan aku.. Dah tu, kucing2 kat mana2 seolah2 sengaja nak mengenakan aku.. Haiyaaaa.. Ko ni macam tahu2 je kan aku takut.. Ko pakai ilmu apa ha? ish23

Antara kisah tragis aku dan dia :

  • Suatu petang yang sendu, aku ke kedai makan bersama tok dan rakan2.. Tiba2 ada seekor kucing prappp, elok je pose tepi kerusi aku.. Aku yang sedang berseronok ini terkejut lantas melompat ke atas tok, dan terbalik lahh kerusi yang aku duduk tu.. Lantas dimarahi oleh tok kerana telah membuat onar di depan rakan-rakannya sehingga menyebabkan seisi kedai mentertawakan aku. Rasa dia masa tu fuhhh.. Gred A punya malu.. A+++ katakooo.. 
  • Suatu malam yang gelap, aku bersama sepupu2 dan makcik aku ke kedai makan sejurus pulang dari kenduri sepupu yang lain.. Sedang enak menjamu selera, TIBA-TIBA.. datang seekor kucing yg sedang2 comel gitu.. Elok je dekat celah2 kaki bawah meja. dah ready nak salam dengan aku dah.. Matanya menikam anak mataku.. Tertusuk ke kalbu.. Fuhhhh bergeloraa jiwa raga beb.. Apa lagi, tindakan spontan pun berlakuu.. Hasilnya.. sepupu sebelah aku terkejut dengan tindakan terkejut aku, sepupu di sebelah sepupu aku juga terkejut dengan tindakan sepupu di sebelah aku, dan tertolak air dannnnnnnn maka,,, tumpah dekat atas seluar pakcik aku.. *gulp* sepupu aku yang hujung yang kena marah dengan makcik aku sebab seluar pakcik aku tinggal satu tu je before derang balik KL.. arghhhh tidakkkkk.. aku ke yang bersalah? yee.. aku.....
  • Suatu hari yang ceria, aku dalam mood nak berbaik2 dengan kucing.. kucing jiran aku ni tuan dia panggil adik.. bapak hyper gila kucing ni memang comel aaaa.. comel kuasa lapan.. aku pun jerit dari rumah aku.. adikkkkk adikkkk adikkk.. tok aku dah dapat agak apa yang akan berlaku dia dah marah aku "gatai sangat dok pggl buat apa satgi dia mai padan muka".. hangpa tauu dakkk mulut tok aku masin sungguh noohh.. dia mai lari lajuuuu gilaa baq angg.. aku pun tunggu apa lagi.. lari keluar rumah sampai kedai.. mengalahkan dikejar hanjinggg gitu.. 
  • haihh yang ini agak memalukan jugak la peristiwanya.. dahla dekat rumah orang.. Kucing dorang ni besar gle.. mmg fluffy im gonna die punya lahh.. kalau aku ni pencinta kucing mmg aku dah amek letak dalam beg bawak balik boleh golek2.. sedang2 aku tido tengah malam yang sunyi tu.. tiba2 aku rasa ada benda naik atas katil.. aku pun bukak la selimut sikit.. hangpa tau dak apa aku nampak? kucing yg amat besar gebu tu, sedang pose maut depan muka aku ala ala tengah ngintai "eh sape plak dtg rumah aku ni xpenah nampak pun".... suppppppppppp... aku pun meroyan lah kan.. terus kejutkan akak kawan aku tu.. dah macam nak kena rompak ko tau.. "akak akak akak, tlg kak".. akak tu pun bangun amek letak dkt luar.. fuhhh...malu bukan kepalang.. kuasa lapan punya maluu..
  • situasi2 lain berlaku dekat kedai makan.. biasa la, kalau ada kucing bawah kaki aku.. aku xleh nak makan.. sebab sedih sangat.. aku akan keras je kt situ.. buat muka tiga kupang mintak orang alihkan.. tolong la meow.. pergi laaa kacau orang lainnn.. nak makanan nnt akak bagi la.. tapi jangan la sound2 akak camtu je akak gugupppp..
Begitulahh kesahnyaaaa.. aku pun xtau sampai bila nak menderita begini.. *bunyi mcm penyakit kronik kekdahnye*

Apa2 pun, aku xbenci pun kucing.. cuma.. cuma.. cuma... serammmmm !








2 comments: