Followers

Tuesday, 23 October 2012

BAHAYA BUATAN ORANG



assalamualaikum semua reader tegar belog usang aku ni.. thanks sb sudi menjengah.. tetiba arini nak share pasal buatan orang. atau pun ilmu hitam dan sebagainya. skg ni kan zaman orang xpuas hati sikit semua nak pakai santau santau, nak pakai sihir2.. guna2 lah bagai. banyak lagi..

banyak jugak cerita yg kita dengar kan pasal benda ni. slalunya faktor terjadinya benda ni, bila A xpuas hati dengan B mungkin sebab B dapat naik pangkat ke atau dapat benda yg buat dia cemburu.. maka si A berjumpa bomoh sekian sekian dan menyihirkan si B.. kesian kan? sepatutnya, kita ni xyah la jeles2.. atau kalau ada orang buat kita mcm mana pun, kita redha jela terima, biar Allah je yg balas.. xperlu kita menyusahkan diri sendiri.. sebab last nanti kita yg tanggung kan? kalau x didunia, bertemu juga di akhirat.. so, fikirkan sendiri..

benda ni terjadi kat kawan aku punya kakak.. kesian weyh.. budak innocent boleh jadi mcm tu.. akibat didengki oleh rakan2.. x pasal2, kakak dia tanggung benda ni.. dengar cerita ketua kampung, sampai 3 4 pagi, sampai nak cekik mak dia sendiri. yela, diri dah jadi bukan diri sendiri kan. mana  nak sedar.. skarang ada kt hospital.. harap keluarga dia semua bersabar ye.. dekat hospital pulak, bila jadi x sedar, nurse inject, tidur kejap. bangun jadi. cam gitu la...

tadi dengar persidangan tok dan rakan2 nya, cewah.. haha, dorg cakap kena cari bomoh yg handal lahh.. sebab ada sorang ustat ni dah try buat tp xboleh.. aku kurang faham sikit dari segi pembelajaran dan tahap atau pangkat bomoh ni. ada yg handal, ada yg boleh buat dan mcm2 lagi. lepastu ada cadangan untuk panggil ustat harun din. kenal x? yg dalam tv tu.. tp kalau panggil kemungkinan bukan dia la yg datang sebab dia sibuk.. tapi anak2 murid dia yg akan datang..

entahlahh, tok pulak x abes2 pesan benda yang sama berulang beribu kali dah aku rasa sepanjang usia aku 19tahun ni.. iaitu, jangan sombong dengan orang, kalau orang kata apa, dengar je, jangan balas, jangan ludah orang, sebab, manusia ni bila dah marah, dorg x sedar dan dorg akan balas dendam.. so be careful..

aku xsure sama ada boleh mati ke tak kesan benda ni.. yang teruk sangat mungkin la kot ek.. tanya lah pakar.. aku hanya menyuarakan pendapat dan berkongsi cerita supaya kita smua yg kat luar tu waspada.. okay, adioss amigo.

* dah start buat persiapan raya haji? *

No comments:

Post a Comment