Followers

Thursday 21 June 2012

sebelum dan selepas ??


Assalamualaikum semua. Hehe. Bertemu lagi kita yaa. Hari ni setelah agak tak lama sangat lah aku tak update blog nih. Hari ni tetiba rajin sementara nak tunggu zohor sebab lepas zohor nk siapkan group work mind mapping untuk subjek geografi yang “terpaksa” aku amek untuk sem ni. Haha. Petang pulak ada koko-public speaking. Lepastu apa lagi horey horey lah balik kampong kan. Hoho..

Nak cerita pasal al kisah yang berlaku dua minggu yang lalu. Hehe. Iaitu, hari aku mendaftar masuk sebagai salah seorang daripada pelajar semester 3. *winkwink* (dah besar rasanya).

Mula2 sekali setelah mendaftar dekat foodcourt Kristal, cek nama tengok adoii.. kenapa pelik ni bila semua dapat bilik yang sama mcm last semester then aku dengan kak shida(roommate last sem) tersesat ke tingkat 7. We supposed to be at level 8 ! entah mcm mana boleh tersesat. Dengar cerita budak yg duduk dekat bilik aku dulu tu budak hotel. Means kemungkinan besar kami tertukar. Aras aku last sem major tourism student. Hurmm nak buat mcm mana. Duduk jelah. Kalau tak nak, sila keluar uitm. Huhu.

Lepastu mcm biasa pergi delima pulak amek kunci bilik. Jumpa mama, abah, pain, azia. Berpeluk pelukan sebentar sebelum mama balik Melaka. Hehe. Singgah delima amek beg yg di ‘post’ kepada pain. Hehe.

Next lepas angkut2 barang kat rumah sewa kawan aku, kena lah kemas2 bagai nak gila kan. Haa tu yg aku paling hurmmmmmmmm menyampah nya. Banyak barang yg nak kena kemas tambahan pulak bilik lama x guna so habuk dia banyak sangat. Sabar sangat.
Sampai kadang2 tak tahu nak mula kemas yg mana dulu sebab banyak sangat. Haha. Tapi bila dah siap tu wahhh alangkah heaven nya ! hehe. Lega sangat. Rasa macam nak start kemas balik. Haha propa sangat aku ni kan.. haha.

Itu jela ceritanya. Tentang kemas mngemas bilik dihari pertama dibilik. Hehe. Meet again later peeps ! bye ! ini ada sedikit gambar sebelum dan selepas bilik aku dikemas. hehe. 


banyak kn? pening gilaaa..

ni separuh siap.. hehe dah lega sikit..

~~~~~taraaaaa !!! comel kan? hehe. tapi bila letih kadang2 bersepah jugak. ada mood then kemas balik. hehe ^^ sekian...

No comments:

Post a Comment