Assalamualaikum.
Krikrikrikrik.
Harini orang nak update pasal kenduri yang diadakan dekat rumah orang baru-baru
ni. Alhamdulillah everything went well. Actually itu just kenduri arwah +
sambut puasa jerrr. Tetapi kebanyakan orang dah salah faham and they thought
that I was getting engaged or what. Harharhar.
Kami
memutuskan untuk buat catering sajo sebab tak nak susah2 masak, at the end,
masak jugak sikit. Biasalah kalau tok dan anak2 dia dah bergabung meletop mesti
akan ada persoalan “kita buat lauk tambahan la nanti takut tak cukup ke apa ke”
. SO, macam kenduri bukan catering jerr. Haha.
Catering tu
ayah kawan orang punya, CIKGU SALIM. Cikgu SMK Sri Kota. Ayah Malina. SO, kalau
nak buat majlis apa2 sila lah roger2 beliau. Harga pun berpatutan, rasanya jugak
boleh tahan.
Khemah kami
sewa dekat orang kampong orang jugak. Pelamin semua ehh? Terlebih sudah. Ahaks~
Minta maaf
la kepada yang tak dijemput tu, kenduri kecik2 sajo. Kalau kenduri kahwin nanti
kami jemput tau. Adalah dalam 4-5 Tahun lagi. Gitewww. Mampu? Haha
Ukhuwah sesame
keluarga tu penting sebenarnya tau. Dengan majlis2 macam ni la kita dapat
berjumpa saudara mara. Bagi orang, ikatan kekeluargaan tu sangat penting.
Yang paling
best sebab sepupu2 aku balik. Sepupu kesayangan orang yang paling kecoh –EKA- pun balik. Tu yang buatkan menjadi lebih
meriah tu. Sebab kami ni memang kecoh. Haha. Nanti tengok gambar dekat bawah
ehh J
Normal apabila yang bujang serta
anak dara ni, orang tua akan bertanya pasal calon pasal bila nak kawen dan
sebagainya. Dan normal jugak bila orang yang dah kawen, orang tua akan tanya
bila nak dapat anak bila nak tambah anak dan sebagainya. Tapi tak pula kita
bertanya kepada yang lebih tua bila nak mati hendaknya. Haha komfem la kena
sedas dua ceramah berapi kalau berani nak tanya camtu. Ye camtu. Haha.
Conversation aku dan along(kakak
abah)
Along : Nem, hang dah ada boyfriend
ke?
Aku : Tak ada lagi Long.
Along : Tak ada lagi? Umur dah 21
kan?
Aku : haaa? Takutnya. Kenapa Long…….
Along : Blablablabla……
Dalam hati
aku terdetik jugak, takut ke kalau tak jumpa calon lagi? Dupdapdupdap gitew.. Sebelum ni pernah jugak aku dengar luahan
kawan2 seangkatan aku cakap pasal ni. Ada yang cakap “weyy takpe ke kita xde
calon lagi nanti klau xde cemana wey?!”. Masa tu aku chillax je sebab aku ada
time tu HAHAHAHAHAH tu la berlagak kan
aku time tu sampai xnak layan kawan2 meluahkan perasaan. Sekarang hamekk. Tiba2
takut pula. Tapi chill je kot.. Kot.. Kot….
Conversation aku dengan Lang(adik
abah)
Lang : Hang dah tak kawan dengan M
kan?
Aku : *angguk dan diam*
Lang : Alaaa rileks je. Muda lagi,
target umur berapa nak settle down?
Aku : by 25y/o in sha Allah..
Lang : uiisshh lambat lagi ada lagi
4tahun +-. Macam2 boleh jadi dalam masa 4tahun tu Nem. Nanti akan terjumpa
sendiri la tu. Chill je.. Okay?
Aku : *WAJAH CERIA*
Wahhhh
sangat memahami ibu2 saudara aku nih. Terharu gitew..
Conversation aku dengan tok(mak
abah)
Tok : Ha sekarang ni toksah dok
fikir apa, orang meminang je aku terima.
Aku : Tokkkkkkkk elok2 la xnak la
pemandu lori…. L
Tok : HAHAHAHA tak kira aaaaa….
Bukan nak
cakap apa2 dekat pemandu lori, tapi selalunya pemandu lori kan tua2. Hihi. Kita
nak yg muda le.. hihihi.
Haiyakkkk.
Tu la bila semua balik benda tu akan jadi normal things. Nak sembang2. For now,
just go on with our life. Benda yang menyerabutkan jangan dok fikir. Such a
waste okay dude ?
Pagi tadi
aku scroll fb, aku terjumpa satu ni, yang buat aku bersemangat nak bangun
pepagi senin ni wey ..
“JIKA KAMU DITOLAK,
TERIMA..
JIKA KAMU MERASA TIDAK
DICINTAI, LEPASKAN..
JIKA MEREKA MEMILIH
SESEORANG ATAU SESUATU SELAIN DARIPADA KAMU, CARI YANG LAIN..
INGAT, DALAM SETIAP
PENOLAKAN, ADA PENERIMAAN DARI SESEORANG YANG JAUH LEBIH BAIK”
-we 5 years later-mampu? hahaha
kakak anem with hasif dayyan omeyyy..
kat luar rumah masa kenduri..
baru perasan, ramai boys je..
orang sibuk, kami pun sibuk.. haha
aidil and aiman..
cekcinyeee encemnyeee aidil ! kak yang nk gigit peha tu boleh? hahaha
kenduri rumah sepupu abah..
with beloved ibu2 saudara. kami mmg jenis bsembang xkira tempat. kt rumah orang pun kami sembang mcm xhengat. haha
tok dan cucu paisley..
No comments:
Post a Comment