Followers

Showing posts with label JALAN SAKAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN SAKAN. Show all posts

Sunday, 15 December 2013

pack your bags and travel with us !

Assalamualaikum semua beloved readers :

Sedang apakah anda disana? Hujung hujung tahun cuti cuti sekolah ni.. Buat apa je dirumah? *winkwink*

Ada beberapa idea yang nak aku kongsikan. Korang boleh travel. Anywhere. Anytime. BUT. kalau korang nak ke mana mana, kena bagi tarikh awal awal. kalau lambat memang la mahal. tambah2 kalau esok nak pegi, harini baru nak booking tiket. memang tak dapat la dek.. hehe

contohnya, tiket yang aku dapat untuk ke Medan bulan 1 nanti lebih ,kurang dua ratus something je = return trip, tapi kena booking awal la. kalau booking bulan 1 jugak, harga akan naik dan x dapat la harga macam tu.

get it? *tak faham boleh tanya*

okay, pakej yang aku cadangkan dekat korang, kalau nak rasa basic2 luar negara, boleh cuba ke Thailand. Contoh , Krabi, Phuket, Hatyai. Dalam 4ratus something je by van/bas. korang kumpul la kawan2 korang dlam 10 orang ke. lagi ramai lagi bagus. harga boleh dapat murah.

baru-baru ni ada satu group cikgu tadika, pergi Hatyai 2hari 1mlam je. dlam 10 orang. hanya seratus lebih je. bukan apa , cuma kalau nak experience trip luar negara la katanya. nak pergi jauh2 memang tak mampu la. aku pun xmampu. kalau ada group dekat2, inshaAllah boleh.

kalau korang berjaya cari 16orang macam tu, 16-20. korang boleh jadi tour leader, sama ada korang dapat FOC (free of charge) atau dari segi komisen. contoh... kawan2 korang pergi berbayar, korang dpat la pergi free kalau korang pilih FOC. kalau korang pilih komisen, korang punya trip kena bayar, cuma dpat komisen lah. hehe. kalau trip2 yang harga mahal sangat, korang yang dapat kumpul 16-20 tu, maybe boleh dapat diskaun untuk bayaran korang. semua bergantung kepada harga dan jumlah pax..

sooo.. pada pendapat aku. kalau group2 student kan, boleh buat trip sendiri, contoh, kelab ke persatuan ke rumah ke bilik ke, nak buat trip . boleh pilih krabi / phuket ./ hatyai by bus or van. dari Penang kami provide kan transport. sampai ke sana. ada guide yg bawa.. tempat tinggal skali slalunya harga, kalau nak request skali makanan pun boleh.tapi  pada aku, makan tu xyahla. korang pandai2 la cari makanan nanti. sebab nanti mhal jadinya harga.

bukan apa. aku pun tahu, kita nk travel kalau boleh yang budget2 saje. buat apa nak mewah2.. ye dak? aku lagi suka kalau bag packer. hotel pun bagi aku, xkesah asalkan ada katil untuk tido dan mandi. kita berjalan bukan nak tidur dlam hotel 24jam. nk berjalan je kan.

panjang celoteh aku, winkwink* sebarang maklumat boleh terus call ke ofis tempat aku praktikal :

office : 04-3971100 (KEJORA TRAVEL AND TOURS)
mine  : 0134216548 -HANIMROSLI- (sms/whatsapp/call)
email : kejoratravel@yahoo.com

alamat office : no 2779, jalan chain ferry, taman inderawasih, 13600 prai, pulau pinang :)

regards and thanks,
Ms Hanim :)



Wednesday, 13 November 2013

IM4U - MERAPUH, PAHANG

Assalamualaikum WBT. Sedang apakah anda semua? Baik-baik saja hendakNya in shaa Allah :)

Macam lambat je nak update benda ni kan, actually aku baru je pergi Merapuh , Pahang last week. Ohh, itu program im4u UITM punya. UITM Penang lah. Bertolak hari jumaat sampai ahad. Jumaat tu aku ngular kerja, teruknya, hehe TAKLAH, aku buat surat sebab supervisor aku bagi je balik awal. Aku bertolak jam3 macam tu, so aku balik dari ofis jam 12.30pm. 

Then, sampai sana dekat je, bukan Jerantut punya taman negara tu. Kalau Jerantut jadi macam haritu pergi 8pagi bertolak 5 lebih baru sampai. yang ni dalam pukul 9 lebih dah sampai dah. Sepanjang perjalanan tengok keindahan gunung ganang. Subhanallah. Aku ni cepat teruja sikit tengok bukit ke gunung ganang. Tambah2 jalan dekat Cameron tu kan memang begitu.

Lepas dah sampai tu, dibahagikan kumpulan mengikut keluarga angkat masing2. alhamdulillah. duduk rumah KAK AYU. *my new kakak angkat* everything was okay lah. makan okay tido lena mandi pun sejuk. nice *

Hari Sabtu aktiviti nya adalah hiking ke atas Sungai Relau. dekat taman negara MERAPUH TU lah. okay lah sebab tak terlalu LAMA hiking nye. kalau tak. i'm totally surrender babe..

Petang tu ada program ke tempat ikan KELAH. KELAHHHH BEB.. bukan berkelah ye anak2.. ni sejenis ikan.. we were feeding them tru our finger saje maaa.. hehe.. tapi aku sekejap je bertahan.. taknak aku.. habis disedutnye jari kita.. kang xpasal hilang satu.. *HIPERBOLA MELAMPAU* tapi best la. it was a new experience.. yang takde dekat taiping, dekat penang. belum jumpa lagi la setakat ni. heeee...

lepas mandi sungai petang tu. balik naik jeep super duper seronok. gilaaa kau nokk.. menjerit2 -sukanya nak pergi pesta penang katako- amek feel naik roller coaster.. hehehe.. lepastu balik laksana anak kambing kata KAK AYU sebab kami bertiga duduk dekat belakang hilux.. bersama sama dengan bekas2 makanan.. ala ala balik catering gitu.. hehe.. seghonok plus plus laju pula tu ayah bawa kan.. jalan belok2 phewww sana pheww sini sampai rumah kering baju uolss..

malam pula sesi ESQ. tak nangis hokeyh.. mampu? hehe.. sebab xmenyentuh hati so xnangis lah.. motif lak akuh.. padahal utk budak2 asrama.. dulu masa dekat hostel.. asal ada sesi ESQ JE. nangis bagai nak rak siap hingus segala keluar berganda. keluar dewan je terus beratur dkt public phone *masa tu xbawak hempon lg noob kan* untuk call family semua minta maaf bagai.. -insaf katako baru habis esq- tuptuptup - seminggu lepastu buat balik.. ADAT LAAAHHHH..

on the last day we were giving sedikit sumbangan utk rakyat kampung tu.. mcm salah je.. macam salah jeeee.. penduduk kampung.. weee.. pergi rumah ke rumah.. grup aku naik pakdollah.. kesian pakdollah melayan kami.. sejak dari sekolah lagi aku dan kawan2 memang gemar menumpang kereta cikgu2.. sebab nak makan luar.. hehe.. asal cikgu bukak je alarm kereta. kami cepat lari masuk dalam.. cikgu masuk terkejut ada orang dalam kereta.. sejak itu aku ingat lagi, cikgu WAN AZNEE, CIKGU FAZIL. semua akan bukak kunci, terus masuk dan kunci semula.. sebab mereka risau akan geng kaki pau cikgu iaitu kami lahh.. teruk nyahhh nokk.. haha *motif? flashback* .... okay sambung.. kami pun pau pakdollah ajak ke gua musang.. mampu? orang lain xhabis lagi bersedekah kami da merayap.. pergi mnum dekat kedai, haa sudah.. pakcik kedai pun belanja semua pulak...... alhamdulillah *malu* kami pun meneruskan perjalanan ke sempadan negeri pahang dan kelantan hanya untuk MEMBELI KUIH AKOK yang sangat sedap jelas terbukti.. haaa gitu..

penat tulis... -pause-

terus balik jela petang tu.. kesimpulan : pengalaman baru.. kawan baru.. semua baru.. mood baru.. balik dari PAHANG. aku... alhamdulillah.. kenal diri sendiri.. paham apa aku nak kena buat lepasni.. dalam hidup aku insyaAllah.. thanks to ATIQAH, sebab on the phone dengan ak and give me semangat.. and also thanks t my very best LISTENER.. penasihat peribadi tahuuuuu.. encik AMERZAKBAR.. u gave me so much advices.. and .. untuk penghormatan itu.. aku akan ikut nasihat dan kata kau.. thanks friends..

thats all fer today.. and assalam....





Sunday, 27 October 2013

RUMAH ANAK YATIM NUR HIDAYAH , BUKIT GANTANG, PERAK

assalamualaikum. *winkwink*

tarikh kejadian....
26OCTOBER2014..
bangun pagi siap2 pergi depoh bas . akan bertolak ke Bukit Gantang sebentar lagi . yeaa or nayy ? dah pergi kan ofkos la yeaa. perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam. *acehhh cam xbiasa dok balik taiping pun lebih kurang je kannn bezanya cuma ni bas uitm, bukan bas starmart* sampai dalam pukul 9 lebih. breakfast dekat sana. tunggu MIRA N ATIQAH datang amek aku bawak pulang benta untuk mengmbil beberapa helai baju. krekrek.

perut bukan main buat hal lagi pagi tu. boleh tahan lah kan dengan toilet tak ada pintu. huaaaa :'(. sabar.. budak2 dekat situ ada lah dalam 20 plus2 kot. semua perempuan but ada jugak boys. dalam 2 3 orang gitu. menurut analisi aku, hanya seorang je yang betul2 anak yatim piatu. yang lain semua ada parents jugak. tapi nasib xmenyebelahi diorang. ada yang family susah, ada yang adik beradik ramai etc..

masuk2 je perkara pertama aku buat budak tu pinjamkan ketip kuku. aku pun ketip kuku sambil dikerumuni anak2 kecil. wahhh mampu? xpernah aku ketip kuku pun orang nak tengok. hehe sebenarnya derang nak sembang. so aku borak2 je sekejap.. pastu sambung main batu seremban. wahhhh :0 tak sangka skill main tu ada lagi even dah lama xsentuh batu seremban..

*flashback*
masa kecik dulu selalu bawak hammer pergi ketuk batu cam seramik ke apa tah tak ingat,, just untuk buat batu seremban.. memang selalu lahh camtu..

-sambung-
lepastu stat sesi LDK. cam biasa le.. pejam2 mata buat bulatan etc.. pastu atiqah n mira sampai n bawak mia skali.. yeaaa ! ada kawan. ktorg pn lepak2 la join skali LDk tu sekejap. senam sitomi, muhammad ali etc.. mampu? haha... then, mira n atiqah bawak aku dengan muiz balik rumah sekejap.. tenkiuuu hantarkan :* jumpa tok sekejap, then amek barang2 sepantas kilat sb muiz nak cepat dia banyak kerja lagi nak kena handle. pastu balik rumah anak yatim tu balik. krekrekkre.. bila derang balik, wahhh tinggallah aku dengan kak ayu je .

*fakta tentang kak ayu *
-kenal dekat aktiviti pantai kerachut, add fb, yeaa kawan- jumpa lagi dekat aktiviti ni.. yeaaa jadi kakak angkat baru.. hehe ---

lepastu petang ad explo-walk.. pergi beberapa check point. syiok la gak.. hehe.. jalan2 makan angin saje.. pusing2 kampung tu.. paling scary pergi kubur tu, budak tu leh lak cakap rumah kompang dekat kubur tu. then sebab ada sorang je laki so dia la kena naik atas rumah tu. uuu.. idakla teman nak naik.. dahla salah. memang lawak kan. huhu

------habis explowalk-

petang balik homestay yang sebesar alam tu. besar sangat nyah.. kalu rumah besar tu ak xtahu la siapa nak kemas kan.. air pulekkk takdo.. haiyakkkkkk ! kena mandi toilet dekat luar, nasib baik toilet oke. kalau toilet ala ala dalam cerita dolu2 yang dekat perigi buta tu. membusuk lah aku xkan mandi.. haha..

malam ada tayangan miracle in cell no 7.. untuk kesekian kali keberapa kali ke tak tahuan kali dah aku nonton cite tu. tetap tersentak sampai ke hati terus menyampaikan kepada otak untuk disampaikan kepada mata supaya membuka empangan. lalu.. titis2 hujan turun dengan penuh syahdunya. sempat aku meminta seorang anak menghulurkan tisu supaya tidak ketahuan dimana hendak ku sapukan air hujan itu. KENAPA CERITA TU SEDIH SANGAT WEY !! dimana letaknya hati dan perasaan awak sebagai HEAD OF SCARY PEOPLE?!! - yang nonton shj faham apa maknanya-

lepastu balik homestay. yeaaa one big bedroom with toilet without water untuk dua orang. yeaa or nayy? yeaaaa lahh. masa untuk merebahkan serta merenggangkan seluruh urat.. sukaaaa !

27OCTOBER2014.
ahad. ahad. ahad. esok kerja.
oke fokus. jangan fikir tentang "esok".. harini is another day bak kata pendita amerzakbar. haha.

ktorang membersihkan rumah tok cheh.. dekat situ jugak. hurmm *fikir jap*.. haa.. rumah orang tua. kesian memang kesian kan. tapi orang tua mmg selalunya xnak tinggalkan rumah deorang. dorang xkn nak dibawa ke rumah kebajikan. mcm tok lah, duduk dengan anak2 dia xnak. nak jugak duduk sorang. ha perumpamaan begitulah. kalau korang biasa berhadapan dengan orang tua korang akan tahu.. tok cheh ni orang lama. lagu jepun berpantun segala semua dia tahu. mampu?

and moment baru ditambah masuk ke dalam moment2 dalam hidupku. aku bawak van. walaupun jaraknya hanya beberapa saat sahaja. gigihnya aku memasukkan gear yang aku xreti tu. haha. suka ! boleh la bawak van nak bawak bridesmaid jenjalan kannn? hahaha. lol..

pastu balik ke kubur pulak. dekat kubur tengok je smua dah dibuat. bila boring, balik rumah anak yatim tu. aku lepak dalm bilik dorang baring2 kt situ.. baca novel dengar lagu.. pastu main batu seremban lagi. hehe then lunch.. penutup.. blablabla--

lepastu balik rumah packing2 barang dan balik PENANG. yeaaa or nay? nay.. hurmmm...............

-the end-

hurmmm.. banyak sangat tangkap gambar.. semua dekat instagram dekat pesbuk.. antara perkara2 yang aku nak buat dalam hidup alhamdulillah dah pun aku buat.. dua perkara ni -program anak angat, dan lawatan ke rumah anak yatim- dah tercapai disaat akhir aku di hujung2 diploma ni.. alhamdulillah~

pengalaman.. yang x ada disekolah.. yang tak ada dalam buku setebal kamus dewan bahasa pustaka.. ada peluang.. aku cuba.. apa salahnya kan? tak menjadi kesalahan pun aku rasa.. jauh perjalanan luas pemandangan.. pengalaman... pengalaman baru...

ASSALAMUALAIKUM...
hanimrosli..





Thursday, 30 May 2013

tawaf putrajaya

cont.

cucu saudara tok ni semangat nak bawak kami pergi tidur jugak rumah dia.. demi utk tidak menghampakan hajat orang yg sdh pasang aircond dkt bawah just sb makteh aka tok nk dtg.. pergi jela...

mula2 pergi jumpa kakak tok dulu.. kesian nya dh tua mcm arwah toknek muka dia.. tok pun leleh laa jumpa dengan kakak dia.. aku tengok jela.. hehe lamanyaa tak tengok dulu kecik lagi hanim skrg dh besar bla bla bla.. salam meh meh cium sikit.. aku pun aaaa errr haaa haha.. fake smile jugak sb aku dh xingat dah.. tapi aku suka jugak jumpa sdara2 jauh tu.. at least kita tau kita ada adik beradik lagi.. hehe

pastu pukul 7 pergi ke putrajaya.. sampai sana kena sambut lagi.. aduyaii.. terharunyaaa.. their family baik sikit.. tudung labuh n i was like segan jugak lahh.. hehe.. malam tu pergi makan dekat mr kabab satu restoran arabic style.. hehe

sejak aku makan supplement yg beli drpr tasha tu.. selera makan mmg la bertambah.. supplement tu utk weight gain.. klu rasa dh berisi tu stop lah makan ubat tu. hehe tp aku memang makan banyka pun... cuma xnaik je berat.. haha

pastu tawaf half of putrajaya n aku xnampak pun sangat yela sebab malam kan.. nampak lampu jela.. pernah datang dah dulu2 when i was 9 y/o kot.. sebab masa tu  pakcik tu baru pindah.. his wife kerja dkt jbatan pm tu.. sebab tu dorg duduk kuarters tu.. so jalan2222 jela.. esok pagi nya (pagi tadi) balik rumah lang balik.. tp sempat lagi pusing putrajaya blah2 yg belu ditawaf semalam..last night lah malam ni.. tido rumah lang.. esok dh bertolak balik tepen.. yeaaa !

bersyukur dah dengan apa yg ada.. alhamdulillah :*

Monday, 15 April 2013

holiday cameron highlands part ll

hai.. angin sepoi sepoi dirumah sendiri.. di atas katil sendiri.. cuti dua bulan bermula.. haritu dah update part1 punya.. now part 2 pulak tapi intenet begitu teghuk sekali coverage nya.. tp apakan daya.. guna je lah.. heee

hari terakhir ktorg dekat cameron tu, bangun around 9-10 mcm tu.. check out.. remember about the ring? i've lost it.. ohh god.. xtau mcm mana.. masuk je dalam kereta nak gerak dari apartment tu pergi shopping, tengok jari dah kurang satu cincin.. tinggal cincin jade tu je.. how come boleh hilang? xsedar pulak tu.. seingat aku, aku pakai cincin tu skali dengan jam.. entah mcm mana hilang.. sorry :( nnt aku buat cincin yg sama tau.. huhu

ktorg beli barang2 dekat kea farm.. beli stolobeli, fridge magnet tu aku beli time kt pasar malam brinchang lg.. pastu beli jagung.. sebab murah.. beli teh sebab aku suka teh grape tu.. beli untuk jiran tetangga.. tettttt..
lepastu ktorg pergi avant choc.. miss nak shopping choc.. aku xbeli apa2 pn.. just beli blackforest cake je.. we celebrating lala's birthday with all those kecik2 kek kt situ.. we had so much fun there.. n yeah, oredy missing u guys.. :(

lepastu turun balik dan singgah rnr sungai perak.. makan dekat sana.. omnomnom.. sampai kampus dalam pukul7 sebab pergi jeti mereka nak beli tiket balik kampung terus.. esok pagi nye terus balik lepas mak lala datang..

p/s : semoga friendship kita kekal selamanya.. i love you guys :)




Friday, 12 April 2013

holiday cameron highlands PART 1

hai guys.. wifi laju sini sronokk update noo.. saje amek ksempatan ini.. boring sebab semua bermain gajet mereka.. bak kata "suatu hari nanti teknologi akan memakan peradaban manusia",, lepak ramai2 pun masing2 main fon.. untunglaaa. pastu dah tengah2 malam smua pakat otp.. huhuhuhu

okay lets begin the story.. ktorg memang dah plan pun nak datang holiday ramai2.. lepastu baru lahhh terciptanya plan nak datang cameron ni.. lepastu miss pulak cakap nak join.. so okay lahh.. naik kereta miss je.. so miss pn booking la apartment ada 3 bilik.. nice ! rm 350 1 malam sebab jumaat dah kira weekend.. so ktorg datang harini.. 12.4.. esok petang dah check out dh..

bertolak dalam pukul 8 lebih cmtu.. jawa + tajul dah bawak balik kan moto aku dengan moto azia kt rumah tok.. ktorg follow blkg dan amek dorg kt tpg jelah.. lepas singgah rumah tok kejap, terus bertolak ke cameron.. singgah bekpes dulu dekat rnr bukit gantang.. hehe

sampai around 11 lebih ke 12 mcm tu lahh.. lepastu terus check in.. waahhh syokkk.. cop master bedroom dulu.. hehe.. jengjeng.. pastu kua jalan2 + lunch nasi2.. lepastu balik petang tu terkejut titew.. husband miss datang dengan anak2 miss.. masuk2 bukak pintu terkejut gaya mcm seorng ayah sedang menunggu kepulangan anak nya.. cewahh..

pastu lepas maghrib pergi jalan dekat TAPAK PASAR MALAM BRINCHANG.. yeaa... beli bantal stolobeli.. batak kennn sebenanya dulu datang xbeli apa2 pn.. sb tu kali ni beli sb macam simbolik je kawan2 yg datang semua bawak balik bntal stolobeli.. hehehe pastu beli magnet tu.. xtau nk beli buah tgn apa kennn.. tibai jela..duit pn nggak banyak.. hehe.. pastu siap beli cincin "jeans ketat" 6 bentuk.. krek krek.. 

pastu makan steamboat.. krek krek.. lapar angat2.. huhu.. alhamdulillah kenyang.. pastu balik celebrate bday si Lala.. haha teruk dia kena sampai kena mandi.. habis jadi kek sebab tepung campur dengan telur.. dengan miss skali kena peluk.. hehe.. tejuk angatttt ! okay ni baru part 1..lets the picture continue the story..  byee :)








jeans ketat?
night market..



5 of us :)











view from our apartment. park land..

with miss :)


Thursday, 10 January 2013

TASIK BERA, PAHANG

ohoooiiii..... last week kitorg pergi TASIK BERA, pahang untuk EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA FASA ii.. alhamdulillah everything went good as planned.. bertolak pukul 8 mcm tu ke tasik bera.. berkumpul dekat depoh bas uitmpp.. "okay, our captain coach is mr sorni, my TG number is 0307".. haa teringat masa trip sem3 last year.. kebetulan captain coach yg sama..

sampai around 5 mcm tu.. sesat melarat !! ke ceruk hulu hutan segala nyahhh.. punya la jauh.. seharian dalam bas.. fenattt gila.. masuk kat pahang tu berbagai nama tempat menggelikan hati dapat kami lihat antaranya KAMPUNG BUNTUT PULAU ! KAMPUNG RASA TAMBAHAN ! KAMPUNG CINTA MANIS !
oohh adik manisss teh o ais onne ! hahahah.. sorry semua penduduk.. kami sedikit ketawa kecil melihatnya..

sampai je kat sana.. pembahagian bilik berlaku.. yaa berdebar nak jumpa ENCIK AZIZ ! tertanya tanya bagaimana rupanya.. cewahh mcm blind date pulakk.. slalunya sms ngn call je.. dupdapdupdap.. oohh itu dia.. kak rossss.. bertindak sebagai receptionist dan juga bendahari dan juga tukang masak.. resort tu kecil je ye sebab tu staf xramai.. walaupun kelam kabut aku tengok dia.. dengan pakai apron, nk kira duit nak bagi kunci.. haa comel gitu.. pastu jengjengjeng.. encik aziz baik orangnya.. sudah berkahwin mempunyai seorang isteri yang rupawan berwajah penyayang.. wahwahwah.. 

malam tu pulak.. ada night walk.. masuk hutan.. pengalaman masuk hutan di taman negara pahang tahun sebelumnya sedikit sebanyak membantu.. nipis je hutan tu.. xtebal sangat.. xtau laa kan sebab dia bawak masuk tmpt sikit hutan je.. 

pastu pagi esoknya pulak ada jungle trekking.. semua takut pacat kan.. aku pun geli.. alhamdulillah xkena.. semua pun penat2.. pastu makan.. komen about the foods.. sumpah sedap ! ayam dia peha besaq ! mmg sedapppp.. pastu ptg tu paling best.. JEJAK SI BUTA.. peserta kena jalan tutup mata masuk hutan pegang tali.. haha.. urusetia jaga kan dorang.. klakarnyaaa.. wah wah wah.. sedap kau gelak kan mereka ya hanim.. sorry, tp klu korang the one yg buka mata time tu.. asyik gelak je.. tp bukan gelak berbentuk kejahatan.. gelak klakar je.. sebab korang punya gelagat tu.. hehe.. ada yg selam kepala dalam air tu.. mcm2.. 

pastu malam tu ada peserta buat persembahan.. aku miss beberapa kumpulan sebab bakar ayam dengan lala + abg asif + kak siti.. pastu makan2 je.. 

kisah si driver bas pulak.. diorang memancing je kt sana.. yela diorang boring kan xtau nak buat apa.. pastu otw balik tu boleh pulak diorang singgah beli ikan patin banyak2.. tajul ckp ' mmg kitorg dtg nk tunggu pacik beli ikan" haha  biarlah ke deme..

perhentian terakhir adalah rnr sungai perak.. kenyang mengisi perut masing2 biasalah rnr makanan x sedap sangat pn.. naik atas bas.. bising2 potpet2 sembang2. around 11 cmtu.. sampaiiiiii kampus.. safely arrived.. alhamdulillah :)

 gambar semua minta dekat ISMI.. aku xde gmbr.. okay.. dah 6.50.. byeeee..

urusetiaa ! 

Monday, 22 October 2012

LOST WORLD of TAMBUN

hai . tiba2 rasa nak tulis pasal lost world . taman tema air ok ? sebab ada je orang bila aku cakap lost world, diorg blur. apa tu? jenuh nak terangkan balik apa dia lot world. actually dah lama dah aku pergi. masa form4 kot. dengan trip senior sekolah taman tasik laa. masa tu geng aku yg pergi, mira syaima alya. best jugak.

dulu x straight sangat rule kat sana. sekarang dah straight dah. dulu ingat lagi, masuk mandi pakai je seluar track suit, xkena tahan pun, sekarang dah kena halau keluar dari kolam kalau life guard nampak. shit kan. t memang betul la rule dia cam gitu. tapi xsemestinya korang kena pakai seluar tight yang x akan ku pakai lagi itu. haha sebab ada kisah tersendiri dengan seluar tight bongek !!! actually seluar apa2 yg asalkan bukan track n jeans. seluar ala2 erobik tu boleh, seluar tidur tu yang ada stripe kt tepi tu pun boleh. alaa, oke2 je. xyah pakai tight la. sebab aku rasa pelik lak, xkan pakai tight pastu pakai tudung. sebab penah buat so xkan n xnak buat lagi. bluerkk !

nak masuk tu, kita bayar rm45 ringgit. fuhh. tu utk masuk je. pastu rm10 untuk wrist band. nnt nk keluar dapat balik duit deposit wristband tu. lepastu, untuk beli makanan kt dalam tu loker ke apa ke, kalau rasa xnak bawak cash, yela tengah mandi susah la nak bawak wallet merata2 nanti basah kan. so singgah la membeli topup. bukan topup fon tu, topup wristband korang. ikut la nak topup berapa pun xpe, nanti baki
dia bagi balik masa kita serah wristband tu. cangih kan? hehee daebak ! so, nak beli apa2, serah la wristband tu, dia scan.. tetttttt.. ha gitu. pastu , loker tu pulak, korang xyah bawak kunci nti hilang dalam air pulakkk kan dah susah. ada code ataupun password. wahh canggih ! *batak sikit*. n korang boleh bukak selama mana korang kat dalam tu selagi korang xbalik dan x reset password tu balik. n ada je orang x  reset password. maybe xtau atau pun lupa. so boleh dikatakan, dalam sehari tu, loker tu korang punya. sepuluh ringgit jgak..

kat dalam tu, banyak la mainan, ada pirates, ada swing chair ke apa nama dia ala2 funfair gitu. pastu ada petting zoo.. ada hot spring. bila dah masuk tu, sentiasa ingat "45ringgit ni kena jalan sampai habis".. ada harimau kat situ. perghh buat pertama kali aku tengok harimau sebesar itu depan mata. aku selama  ni ingatkan harimau tu besar kambing je rupanya besar nak dekat sama lembu. no wonder la harimau boleh makan kambing. anddddd, ada tiger show. bukan tiger dance !! harimau yg besar tu, panjat pokok ! baru berkira2 dalam hati, kalau terjumpa harimau nak panjat pokok. better korang lupakan je hasrat suci murni tu ye. kalau jumpa, duduk diam2 je sebab harimau tu pun sbenarnya takut dengan kita. anddd one more, secara senyap2, kami berjaya mengikut abg jaga harimau tu masuk dalam tempat vip. entah mcm mana, abg tu nk bawak kawan dia, kebetulan kami ada kt situ, then dia bg masuk sekali. jarak antara harimau tu dengan kami plus minus  1meter je. betul2 depan mata sumpah takut ! tapi jang risau, pagar yg memisahkan aku dengan harimau tu, ada arus elektrik. so dia xboleh sampai. dekat dalam lagi ada lagi harimau yg dh tua dan hanya brehat.. namanya sultan. xsalah aku, abg tu ada sebut nama rahimah etc. gelak2 aku harimau nama rahimah. haha andd ada yg kecik punya dulu berlakon dalam waris jari hantu. scary !

lost world beroperasi dari pukul 11 pagi- 6 ptg.. hari biasa. tp hot spring sampai pukul 10 malam.. so, nak datang, sila lahh datang. boleh jumpa putera.. siapa putera?? harimau malaya ! aumm !
adiosss amigoo ~

Monday, 1 October 2012

hang out with Loyang Buddiezz

1. berkumpul dekat lobi laman perdana uitm pulau pinang.. taraa.. 

2. call prebet " pakcik amek 8org dekat uitm bolehh? nak pergi pacific" orait2..



3. tunggu dekat tepi jalan depan uitm.. 

4. naik prebet rusa merah 8 org + (sorg lg mamat ni boleh lak parking moto dia then naik skali) = 9 org..


- dh macam sardin tau -


- yg ni prmpuan. duduk blkg skali.. - perggg

5. heading to Pacific Megamall Penang -.-

6. safely arrived... taraaaa


- motif? bowling & movie -

7. budak2 laki lapar nak makan dulu mcd. the girlss got cool blog 

                                              

- licin dorg makan samurai burger haa -

8. pergi tempat main bowling pulakk. *bosannya xreti main*


- bincang dulu cukup ke tak duit? -


- masa utk pilih kasut yg wangi aum aum -


- taraaa.. tq abg lane sebelah tlg tgkp kan. sorry gamba xclear maklumlah hempon bahan campak kat longkang bowling je bak kata kamal arif wuerkkkk-

9. kalau dah begini peliknyaa.. buang merata dorg ni.. 


10. jom beli tiket tengok cerita hotel transss.....niaaa..



- xde keje sbenanya main2 -


- nahh.. tiket print siap abeh lg smpai dpt tiket tulis tangan =,=-

- tadi otw balik kamal kata next sem dia bwk kereta kita pegi pulau ramai2 picnic tepi pantai.. 
kau bwk kreta apa?
kelisa..
cehhh.. xpe yg lain sewa.. 
orait.. xyah buat borang C , cuma buat itenery je.. 
ok? goodluck smua. fun sgt harini..
nnt hang out lagi =)
-hanimrosli..


Thursday, 6 September 2012

travel : assignment tour guide [maxwell hill]


Hello everyone. Welcome to Maxwell Hill Taiping, Perak. I'm Siti Norhanim bt Mohd Rosli from Hm1113b1. I'm going to introduce you this Maxwell Hill. In bahasa malaysia people call it Bukit Larut. Reason why I write about this place is because I come from Taiping so I know a little thing about this place. So, I will write based on my experience.

First of all, lets talk about the history of this hill. It was established on 1884 by William Edward Maxwell. He was the assistant of British Resident of Perak. It is actually to cater the needs of the colonial official who need a break from the heat of the lowland. For your information, this place hold the record of the wettest place in Malaysia. So Taiping always rain. The daily temperature range is from 10 to 25 degree celcius. 

I have been there so many times. Maxwell Hill is located 3km from Taiping Town. It is the Malaysia oldest and smallest hill resort.  It is accessible only by four-wheel drive service. The four-wheel drive will take time around 25minutes. To those who love to hiking can climb this hill by the track provided. For hiking, it will take around 2hours 45minutes one way. 

The resort at 1038m give you opportunity to see the panoramic view from the top. You can see view up to Pulau Pangkor. Even on a fine day, you can see Penang Island. The recreation park and many types of flower attract many tourists. The most popular flower is tulips. Those who love tulips can visits tulips farm. This tulip farm is located at Cendana Bungalow on Bukit Larut. It has a special air-conditioned room for brainstorming, and once the plant matures, it will be brought into the greenhouse to bloom.Tulip also do not follow the normal spring cycle, otherwise, it flowers 2-3 months after plantation, in Malaysia, one can get tulip twice a year, one in the period from December to February and the second in July. For the entrance to tulips farm is only RM1 for non tulip season and RM2 for tulip season. Besides tulips, other flowers are dasies, marigold, roses, dahlia and also sunflowers. 

Types of bungalow available at this resort are Tempinis (treacher). It have 4 rooms and for 10pax. The price is RM100. Next is Beringin(watson), it have 2 rooms and for 8pax. It cost you RM150. Then is Rumah Rehat Bukit Larut.  Lastly is Rumah Rehat Gunung Hijau (speedy chalet house).Both of this bungalow contain 4rooms for 8pax. It quite affordable only at RM60. But if you come here, you must bring everything. Your own food to cook. Usually people just bring a fast food such as maggi.

Don't forget after you going down the hill, You must drop to the Lake Garden Taiping and also Taiping Zoo. Lake Garden have a beautiful scenery. It is the recreation park for public use. All of this place are symbolize
Taiping Town. This is because, if people talk about Taiping, automatically we will imagined the Lake Garden and Taiping Zoo. 

Thats all about Maxwell Hill. Even it is the smallest hill resort but it will give you the best memory. Lets see some picture about Maxwell Hill and also Taiping Lake Garden. 


-haaa can you guys see that blue four-wheel drive? that kind of car that you will ride if you want to come up to the hill. -


- so beautiful right? i bet you guys will like it. -


- the trees there are like the english movie I think. really makes you fall in love with this place-


-from the top you can see the view of penang island down to pangkor island- 


-this is the farm.. many flowers there.. pls do not pick the flowers ya !!! -


- this is Taiping Lake Garden. The trees there are very old -


- you can do some recreational activities -

-by Siti Norhanim bt Mohd Rosli
2011627636
hm1113b1-
p/s : pls come to Taiping, Perak =)

Tuesday, 4 September 2012

travel : Pulau Aman

assalamualaikum.. jari gatal nak menaip.. tiba2 teringat pulau aman.. hehe.. dulu aku teringin gila nak pergi sini.. sb tengok slot akasia " seribu kali cinta " .. ingat tak? alaaa cite yang intan ladyana jadi amnesia tu.. dgn kamal adli tu.. 

last year dapat jgk aku pergi.. dekat je tempat ni sb dkt dlm penang jgk.. kt blah sini je bukan kt pulau pn.. aku dimaklumkan ada lebih kurang 250 orang penduduk kampung kt sini.. dekat seberang perai.. aku pn xingat jalan dia pun.. selalunya orang pergi sana utk makan seafood mee udang dia atau pun orang nak memancing.. 

xde apa pn sangat kat situ.. kalau nak prgi ada disediakan bot tambang rm6.. pergi dan balik.. xtau la skrg dah naik ke apa tambang dia.. aktiviti pelancongan kt sini adalah homestay.. pastu ada pokok sukun tertua.. ada telaga emas.. yang dikatakan emas.. yess bukan emas.. telaga ni dikatakan unik sebab dia xpernah kering walaupun musim kemarau.. yeke? entah.. yg aku baca kt situ, zaman dulu, ada sorg org ni dia ckp nampak emas.. so pemerintah masa tu arahkan orang2 dia gali2 perigi tu sb punya nak la emas tu sangat.. last2 xde pun.. so mungkin sb dh korek2 jd la telaga.. hehehehe..

kemudahan kat kampung ni ada dewan serbaguna, klinik desa dan satu sekolah rendah.. pulau aman ni mmg serius aman gila.. mmg sunyi.. sesuai la klau korang nak menenangkan fikiran kt sini.. hehehe..

 - bayar dulu deyyy -

- dah bayar kan? nah naik lah benda ni -

- eh? dah nak sampai, cantiknyeee -


- haaa, dah sampai? jom tgk nk g mne dulu..-

 
 - lapar laaa.. jom makan dulu jom.. nyum2-

- bagi yang belum pergi, meh la melancong dalam blog aku dulu, bukan apa, amek mood- hehe
-bye-



travel : timah tasoh lake resort

hello assalamualaikum semua. first of all yaa.. timah tasoh ni bukan cik timah belakang rumah ke tepi rumah ke satu kampung ke ye.. hehe ni adalah nama resort.. di perlis.. yang terletak di kaki bukit.. dekat beseri.. google la kalau nak tahu.. hehe

awesome la jgk tmpat ni.. ada tasik yang aman pada pandangan mataku.. sesuai dijadikan tempat berkelah pada petang2.. hehe.. 

aku sampai sini masa pergi kursus haritu.. tp yang aku peliknya, chalet2 dia kan mcm xterurus pn ada.. rumput naik smpai kemuncup byk2.. xtau la knapa.. n mcm sunyi je.. mgkin tmpt dia agak terpencil.. org pn xtau.. maybe lah.. hurmmm.. 

tapi pada pendapat aku, kalau tempat ni dimajukan serius boleh tarik ramai pelancong memandangkan terdapat satu tarikan pelancong kt situ iaitu PADANG BESAR.. rasa rasanya ramai tahu apa ada kt situ.. barang2 murah2 best.. so tourist boleh stay kt resort tu kalau nk bermalam.. 

tempat dah cantik, dengan udara yg bersih, jauh drpd pencemaran.. kt situ empangan jgk aku dimaklumkan.. so hati2.. jangan pergi dekat2 dengan tasik tu dahlah. tau ! 


fasha n jejai pun pernah ada resepsi kt sini.. 


kalau sesape yang nk dtg boleh la singgah kt sini.. 
- bye -

Tuesday, 28 August 2012

travel : penang hill

hello guys.. niat dihati nak menulis tentang tempat menarik tapi dah banyak entry pasal peribadi je.. ehh xpela ade aku kesah? blog aku kannn.. hehehe

sebut pasal bukit bendera, dah 5 kali naik sampai dah bosan tapi setiap kali naik dengan orang yang berbeza.. semuanya bawak "pelancong" maklumlah future tour guide.. hehe

fees kalau nak naik atas hill ni rm8.. kalau ada student card dapat la harga kanak2 rm4.. selalunya aku naik guna kad sb murah sikit.. hehe.. 

kat atas sana tu ada mcm2 taman.. taman monkey cups ataupun nama kampung periuk kera..selain tu ada jugak taman owl.. ada restaurant.. and latest medan slera dia baru je siap.. so okay la xde la makan kt foodkot dia dengan xselesa nye pun adoi.. lepas tu harga kebanyakkan nya rm5.. kuey teow, nasi ayam rm5 je.. xtau la skrg ni harga dah naik ke apa..

so, ia merupakan satu lokasi yang sesuai utk dikunjungi.. jemput lah datang.. kt atas ada teropong kena bayar nnti boleh tengok pemandangan seluruh pulau pinang.. hehe uitm pun boleh nampak.. guna mata hati ye ^^

suka tak? dah sampai dah penang hill.. hehe dalam gambar..


ni la train yg bakal korang naik.. hehehe


kalau gayat duduk bawah je jangan naik tau !


ni fc yang baru siap tu.. selesa la skit drpd yg lama.. hehe 

okayy.. selamat melancong ke pulau pinang ^^

Thursday, 19 July 2012

OPKIM - Kampung Bukit Sapi Lenggong

Assalamualaikum ..
haritu aku pergi OPKIM. atau kata lain, operasi khidmat masyarakat dekat kampung bukit sapi lenggong. wahhh jauh nya nak sampai. ingatkan perak so dekat jela.. 2 jam lebih jugak la..


sampai2 je kat sana, sebelum tu opkim ni aku lone ranger tau. forever alone cuma kawan dengan budak part1 je. hehe sb lala ngn azlizah xjd pergi. pastu penyerahan keluarga angkat. aku dapat haji hashim punya family. pakcik dah tua dah pangkat atok tp kena panggil ayah lah. tp aku xberapa panggil sangat ayah, aku sembang2 gitu je sb xbiasa lah dh ada abah tersayang. hehe


pastu antara2 aktiviti dia motivasi murid2 sk bukit sapi, sukaneka penduduk kampung, jalan2 kampung, kenduri kahwin.. hehe biasa2 yg kampung buat.. 


line kt situ serius kronik.. saba jelah kan.. nk wt cmana.. sampai je kt skolah pagi tu aku terus kol tok, sb kt skolah line ada. aa sebelum tu g sekolah bawak moto sendiri, ayah bgi guna sepanjang aku kt situ. hehe aku pn cite la suma kt tok.. dr a smp z.. 


aku ni suka budak2 cuma xsuka sangat budak2 sekolah rendah sebab entahla, menyampah gila kalau yg mengada2 tu.. aku suka yg budak tadika ke baby ke suka la.. hehe sb tu bila nak balik kampus, budak2 ni semua pergi dekat akak2 abg2 yg depe bkenan salam2 nangis2 tp sorg pn xdtg kt aku. maybe sb aku cam garang skit dan aku xbg muka sangat. xkesah pn.. haha.. 


petang sabtu tu ada sukaneka. haa time tu je budak nama adha darjah 2 ke 3 kot aku rapat ngn dia. suh amekkan air.. hehe tu je.. pastu arrange kan main isi air dlm botol. hehe xpernah aku handle so aku hentam jela.. hahah mmg kelaka gle time tu.. mana la aku tau.. 


best la jgk.. sblum stat sukaneka tu aku xtau nk  buat apa aku ajak depe main.. depe main ibu ayam ngn musang.. hahaha aku boleh pulak jadi musang.. ehh musang ke harimau tah.. haha gila lahh.. letih gilaa berlari2 kejar budak2 tu pusing padang.. hahaha.. dah berapa taun aku xmain benda tu smua. haha nice !


pastu aku pusing2 kampung je keesokan harinya,, ayah angkat aku tu ubat2 orang sakit mcm2. so kalau ada siapa2 patah kaki ke pinggang ke senggugut ke apa2 lahh boleh la hallo hallo ok? insyaAllah baik.. ramai jgk weekend tu yg dtg smpai aku malu nk keluar bilik.. hehe


aku ngn kira part1 satu rumah hehe

kat kampung aku pun aku xbasuh pinggan tau. haha kt tmpt orang ni kannn.. huhu

grup aku. hehehe huargghhhh

x pasal2 je aku main nenek2.. haihhhh

ikat belon kt kaki umat2 ni.. haha

alam sekitar sangat aku ! hahhaaa