"Kau
ingat pakai kereta besar berlagak la?" Marah Iman pada lelaki berambut
pacak itu. Sakit hatinya mengenangkan baju kemeja kerjanya yang habis basah
akibat dilanggar oleh kereta mamat blur itu. Mentang-mentanglah dia hanya
menaiki motosikal, orang sekeliling langsung tak bertimbang rasa padanya. Yang
paling menyirap sekali muka mamat tu langsung tak berkutik.
“Amboi
sedapnya bahasa budak ni, dahlah kecik” Khalif bermonolog dalaman. Dia bukannya
sengaja. Siap ditahannya pula dia tengah-tengah jalan. Terkejut dia. Rupanya
budak ni nak marah dia. “Cik, saya minta maaf, saya tak sengaja” Sengaja
ditekankan perkataan tak sengaja itu. Matanya sempat menangkap tanda nama yang
dipakai oleh budak perempuan itu. “Iman Nina, Sales & Marketing, Vista
Hotel”
Iman terus
memakai kembali topi keledar lantas bergerak meninggalkan Khalif yang masih
terpinga-pinga.
“Hoi kenapa basah teruk sangat
ni Man oii” Tegur Tina, Tina adalah rakan kerja Iman. Mereka berdua baru
berkenalan sejak Iman mula kerja disitu. “Ni tadi la ni, entah mamat blur mana
entah, langgar air lecak sampai kena aku, habis basah wey, sakit hati aku ni” .
Tina tercengang mendengar cerita aku yang telah menahan lelaki itu di tengah
jalan, mujur kereta pada pagi itu tidak banyak. “Hahahahaha, kau memang gila
Iman. Berani kau tahan budak tu? Kau tak takut ke kalau dia penjenayah ke apa
ke?” Iman naik angin ditertawakan rakannya itu. Lantas terus masuk ke pejabat.
Tak semena-mena hari ini adalah
hari yang malang untuk Iman, sudahlah basah tempias pagi tadi, berdepan pula
dengan mamat blur entah dari mana, terlambat masuk ke meeting pagi, seluruh
meeting room memandang sinis kepadanya. Haih apa lah nasib harini. “Ni kalau
ada orang cari pasal lagi harini memang aku tumbuk je muka dia” Ngomel Iman
perlahan.
Iman memang seorang yang agak
kasar pada luaran namun di dalam hatinya, ternyata naluri seorang perempuan
masih utuh. Dia jadi begitu pun setelah ditinggalkan kekasih hatinya. Dia
berasa tertekan kerana seolah perlakuan dan layanan paling baik yang diberikan
pada kekasihnya, diabaikan dan langsung tak dihargai. Sejak itu dia memang tak
nak berlembut langsung dengan makhluk Tuhan bernama lelaki. Padanya, lelaki
semua sama. Namun jika ada lelaki yang berjaya memecahkan tembok hatinya itu,
lelaki itu memang gred A.
Lamunan Iman terhenti tatkala
Tina mencuit bahunya. Wah dah macam lagu lamunan terhenti gitew. “Hoi, kau
menung apa, tu ada orang nak jumpa dekat luar. Nak bincang pasal event katanya,
cepat sikit Man” . “Haa yelah yelah, sekejap”. Terus dicapai event planner
beserta kad namanya dan juga pen dan terus keluar ke depan.
“Hai Encik, saya Iman selaku
Sales Coordinator, ada apa yang boleh saya bantu?” Macam pernah tengok je muka
mamat ni. Eh kejap. Kenapa macam familiar sangat2 je muka dia ni eh? “Hello?
Cik?” Khalif menggawang-gawang kan tangannya dihadapan Iman yang kelihatan
mengelamun. “Eh sempat lagi dia berangan kat tengah-tengah alam ni” , Khalif
berkata didalam hati.
“Err ya Encik, kat mana kita
tadi?” Iman sudah gugup. “Saya nak buat dinner untuk tempat kerja saya, hujung
bulan ni, 80 orang” Jawab Khalif. Suka dia melihat muka merah Si Minah Motor
ni. Perbincangan berlangsung selama setengah jam. Iman kalau boleh mahu cepat-
cepat masuk ke pejabat, rasa menyampah melihat muka mamat blur yang asyik
tersenyum-senyum memandangnya. “Baiklah Cik Iman, nanti apa-apa saya akan
follow-up dengan Cik lah ya. Sebelum tu, saya nak minta maaf lagi sekali pasal
pagi tadi. Saya betul-betul tak perasan, dan lain kali jangan garang sangat
nanti tak de orang nak.” Baru sahaja Iman hendak membidas, Khalif terus bangun
lalu keluar dari bangunan hotel.
-to be cont-
by dewipetola93..
No comments:
Post a Comment