Followers

Wednesday, 30 March 2016

It's the unexpected that change our lives. Always :)

Sometimes it's better to make a mistake. (30.3.2016 11.20p.m)

***


I made mistakes. SO many mistakes. To people out there, if you realized that you are making mistakes, just keep apologize because that's all we can do. We cannot force people to like us, to understand us.

I never expected that I will be like this today. I never thought that I could be who I am right now. I never ever plan to be in this kind of situation. 

Sometimes you just gotta stay silent cause no words can explain the shit that's going on in your mind and heart.


***

To you :

When I feel like shit, the whole world is coming down on me and I have no clue what to do ? Can you do me a favor ?









p/s : penat nak tidur nanti kita tulis panjang-panjang lagi okay ? 

Monday, 4 January 2016

throwback Phuket Trip (costing)

AUGUST 2015.

Aku dan housemates aku booked flight tiket promo ke Phuket masa cuti semester. Tiket tengah murah time tu, terus jela booked. 

Ni anggaran list kos ktorang kat sana untuk 5hari 4malam.

flight tix (return)                 : RM 110
hotel (5d4n)                         : RM 124
sewa motor                          : RM 50
topup simkad                       : RM 30
island tour                            : RM 80
elephant riding + ATV ride : RM 110
TOTAL                                : RM 504

Flight + hotel tu dah settle 3months before pergi lagi. lepastu sewa motor + topup + island tour + elephant ride tu terpulang la nak ke tak, sebab kami bebas kan so pilih la nak buat aktiviti apa. time tu currency duit kita tengah jatuh so dapat tukar sikit je, pepandai la berjimat bawak maggi siap. haha. 

Jadinya time cuti tu ada la masa part time kumpul duit belanja before pergi. Ada yang kerja kantin sekolah pun ada. HAHA. *cc eri*

Sampai je Phuket International Airport depa tu,




Melilau cari sewa motor. Ada yang sewa mahal, tapi demi mendapatkan yg murah, kami menggagau lagi cari tempat lain. Dapat la dua bijik motor berharga sehari RM25. 


Thanks to both of you :*


Disebabkan dah ada simkad, boleh la guna waze untuk cari hotel tu, E-Cozy Hotel, Phuket Town. Menggagau jugak la bila tanya orang je sampai nak kena google gambar hotel kalau tak nanti ibarat ayam cakap dengan kucing. 


Dekat pool hotel lepas swimming pagi.

So.... lepas dah sampai hotel, balik rehat2, keluar cari makanan susah yg amat sb nak cari halal food kan. Nasib baik la jumpa akak pakai tudung dia la bawak pergi kedai makan. Thanks akak! in case u r reading this hahaha. Lepas makan singgah kedai cari adapter nak cas fon. Beli jajan sikit nak makan. 

Day 2. 

Breakfast dua orang je, tp hotel tu tak sedia makanan halal rasanya. So, makan pun kena order. First day ktorang divide dua orang dulu p makan. Aku tidur je. Kami ambik satu bilik je share 4 orang. bilik tu studio suite. murah je, so kat bawah pun ada sofa ada tv, kat atas pun ada tv dan katil. booking thru agoda murah sikit. 

Masa tu hujan je cuaca. SO, ktorang decide nak keluar jugak walaupun hujan renyai2, sebab rugi la kalau tak jalan2 kan. Takkan nak duduk je kat hotel, So, siap2 keluar pergi kedai runcit beli raincoat dulu sb naik moto nanti basah. Harini nak naik gajahhhh ! 





Lepas naik gajah, sekali pakej dengan ATV ride. Scary gila sebab aku naik dengan abg tu, sebab aku tak berani nak bawak sorang naik bukit2 tu, so dia bwak gaya orang pro lah kan. tak rasa nak terpelanting pulak aku kan. 



Lepastu bergambar dengan gajah jelah. aku ni memang penakut dengan haiwan. kucing pun tak berani, inikan pula gajah. tapi depa ni boleh p suruh gajah tu cium2 depa. uishhh buatnya gajah tu sedut eewwww....

nampak tak memang aku gayat haha.

larry kau tinggal la dengan gajah tu kat sini haha

Tempat ni nama dia Elephant Camp. banyak gajah dan monyet. Google je inshaAllah ada. waze je inshaAllah jumpa . 



Lepastu malam tu, kami terus ke Patong Beach. Haaa suka lettew orang lelaki tu. Kat sini tempat utk 18sx sahaja tau. Banyak pub2 pastu kalau nak subscribe pape yang korang paham, pun ada. Harga berpatutan. gila seh. hahaha. gay club pun ada. patong beach ni famous dia pingpong show. tapi ktorang just lalu and cari souvenir je. Sakan membeli deme ni. Murah-murah jugak la. Not bad.


kiri kanan barang deme. entah apa y dibeli, tak sedar lagi tu takde ambik extra luggage. haha



Day 3.

Harini ktorang pergi island tour sebab malam tadi dah booking. korang kena pandai cari tempat tau sebab ktorang survey banyak kiosk island tour tu, harga berbeza2. so, bila dah bayar, esok pagi van akan ambik dekat hotel. pepagi tu, hotel call bilik cakap someone here to pick u up to the island tour. gitew. english deme pn mcm english kita bukan betul sangat grammar. asal paham udah le, ye dak? haha




sampai malam jugak la baru balik sebab masa banyak habis kat atas boat je. berejam wey nk sampai phi phi island tu, menyesal pun ada. dahla snorkeling penat sebab aku tak reti berenang kat laut bergelora, boat lepaskan kita dekat tengah2 sikit, pandai2 la kome nak buat mende situ. pastu aku dah xlarat nak berenang ke boat, aku gapai2 tangan dekat sampan utk bawa kami ke boat. boat besar mcm feri penang tu pulak. 


Day 4.

Lepas check out, kami kena tukar hotel, Sebab nak dekat dengan airport sb flight pagi2. So, terus pergi Naiyang Beach, tak jauh dari airport. So, esok pagi teksi hotel datang ambik kat hotel hantar pergi airport. Petang tu kami massage lagi sekali. Dekat Phuket saje, dua kali kami massage. Sedappp duhhh. Haihhh. Murah pulak tu. dalam rm25 je. Lelaki jangan nak suka sangat. Wanita , awasi lelaki anda ! hahaha

Malam tu makan kat restoran yg attached dengan hotel je. Tapi dia tak macam hotel pun, mcm chalet je. Kami duduk dalam buluh2.

Yang tak tahan pasal Thai ni, haiwan diaaa. Anjing, babi bersepah macam lembu makan rumput dekat kampung2. First night masa menggagau cari hotel E-Cozy tu, kami macam tersalah masuk jalan tau, sekumpulan anjing macam anjing polis tu kejar duhhhh, nasib baik kaki eri tak sempat anjing tu gigit. Gila ! hahahha. 



last night chillin in Phuket.


Day 5. 

Times up. Jom balik dengan muka mengantuk. Hahahaha.








Till we meet again, with love..






Monday, 7 September 2015

Bridesmaids Raya

Assalamualaikum. Dah lama gila tak update blog. Sebab kekangan masa gitew. Cewahhh acah-acah YB pulak. Baru nak throwback slow-slow. This is the story about my dear girlfriends. Selalunya kami raya bersama week after raya atau raya ke-3 macamtu then disebabkan tok was admitted since raya ke-3, aku automatik jadi tak beraya.

There's nothing to write about my dear girlfriends. Just want them to know that i love you so much guys.







Monday, 11 May 2015

Ipoh - 5hours short tour - #throwback

Assalamualaikum. lama gila tak update blog ni. mihmih. harini rajin pulak nak online kat laptop, assignment taknok buat, online rajin pulak kau ye. hurmmm sangat tidak bagus. sila ubah menjelang final exam okay. 

Actually haritu ada dalam satu hari tu akak pergi jalan2 dengan housemates akak. sebab kitorang kena pergi camp dekat kedah so sehari sebelum tu kitorang menemui jalan buntu apabila taktahu nak buat apa lagi. terusla bergerak ke ipoh katanya sebab kawan2 nak pergi tengok cafe2 hipster kat sana. akak okay jela sebab akak suka nak ambik2 gambar ni. *acah2 igers* padahal takpun. hahaha. 

okay so ktorang pergi la cari Plan B, tak minum kat situ pun, mahai gila hang tau dak. just ambik2 gambar kat situ je. ada la macam2 lagi banyak gila hipster cafe kt ipoh. burps and giggles la bagai. daripada ak makan kat situ baik la pergi makan kedai siam. setakat minum2 boleh la, nak makan tak berbaloi bagi aku. ko ada duit sila la pergi. haha. so ktorang pergi thumbs cafe, sebab kat situ harga dia macam kedai makan biasa je so akak boleh la nak makan. style gak aaa dia macam rumah terbiar yang usang lagi sendu tapi dah lawa sebab dorang dah make overrrr tempat tu. 

try la pergi, ipoh memang bersepah hipster cafe. kan ke sekarang trend gitu. penang pun banyak tapi semua kat island. taiping aku taksure la sebab favorite spot aku hanyalah The Gate Cafe kalau kat Taiping. Sekian~

Missing another two birds

I got back up plan for us so there you go plan B . haha

climb or ride ?

legend :D

broken window i guess hurmmm

sorry babe i dont write our name bcs i dont believe that padlock can determine our love haha

she's broken heart haha

thumb's cafe.

bumped into my high school junior, adlina. she do her part time there (another cafe beside thumb's, i cant remember what its name)


Sampai disini saja buat kali ini, izinkan saya berundur buat seketika. sehingga bertemu lagi di alamaya penuh cinta. Bye :)

Sunday, 29 March 2015

feeling twenty two

unofficially twenty-two so there's so much more things to do, to think . not only about all those lovey dovey things boyfriend girlfriend blablabla. 

after someone hurt you, you are not the same anymore . same goes to me and i don't care at all . okay?

kalau ada, ada lah. now i'm happy , with all my friends, surrounded with those people who loves me . alhamdulillah ... thank to Allah . 

Monday, 3 November 2014

NEW LIFE 2014

Assalamualaikum. Fuhhh *tiup habuk dekat blog ni* gila lama tak update chuols. Akak busy gila. Internet dekat laptop memang tak ada la kan. Ni la baru berkesempatan nak bukak.

Apa yang dikatakan dengan NEW LIFE 2014 ? Jadah apa bulan 11 baru nak new life, orang dah nak masuk akhir tahun dah nak wassalam dah aku baru nak new life. Actually aku dah masuk degree dah. Alhamdulillah... Aku dapat apa yang aku nak. Bachelor of Business Administration (Hons) Marketing. Aku apply Human Resources sebenanya tapi rezeki ada dekat marketing kot. redah jela. lagipun sebelum ni aku kerja kan sales coordinator dekat Flemington tu department sales & marketing. So macam related jugak la. Memandangkan aku minat skop kerja macam tu jugak.

Yang tak berapa best nya aku dapat further kat Penang jugak. Hurmmmm actually i need new environment... Diploma 3tahun kot dekat tempat yang sama. Hurmm tapi fakulti aku dekat Bertam. Pagi2 naik bas pukul7 pagi buta. Pernah la beberapa kali aku merempit. Nak mampos rasanya. Lenguh baiiii. Kau hingat dekat? huhu. Dugaan kan....

Tapi dengar cakap next sem kitorang dah pindah terus dekat Bertam tu. Maigad. Ada apa wey dekat sana? Nan hado apa. Hado la sunshine dengan Mydin. hurmmmmm. boleh laaaa. kan.... yang penting aku nak get out from here. tempat yang banyak suka duka pahit manis zaman dulu kala.

apa pun , aku bersyukur dengan hidup aku sekarang , aku dah tak mintak lebih dah. cukup lah aku nak berjaya menamatkan tempoh ijazah aku ni. grad on time. inshaAllah aminnnn ya rabbal alamin..

that's all. love ya !



Tuesday, 22 July 2014

MH17 !

Assalamualaikum .

Rasanya semua dah sedia maklum dengan berita MH17 kan. Hurmm.. Walaupun dalam tu tak ada pun ahli keluarga atau kawan kawan kita tapi sebagai manusia yang masih berperikemanusiaan, tentu terbit rasa sedih dan kasihan tu kan?

Bayangkan suasana orang dekat dalam flight tu masa tu. Mestinya lagi cemas dari kita yang dekat bawah. Bak kata pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu memikul". Penerimaan ahli keluarga mereka lagi, tambah tambah nak dekat raya ni, lagi seminggu je lagi..

Kita sebenarnya takleh nak kata "xnak la naik Mas lagi, tak selamat or whatsoever".. Sebab ajal maut tu semua dah ditangan Tuhan.

Sebenarnya kalau alasan kes ni adalah tersalah tembak. Aku macam agak takleh terima la. Sebab ewahhh kau senang senang salah tembak, kau ingan kat atas tu burung, main tembak2.. Pastu cakap salah tembak. Wakluu.. Geram pulak aku. Ce bayangkan kalau mak ayah kita ke pakcik kita ke kawan2 kita ke. Idak ke meroyan kau kat situ?

Apa apa pun, semoga yang bertanggungjawab mendapat hukuman yang setimpal. Nyawa tiada galang gantinya tahu tak ?!

Al-Fatihah -